Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemanah Korea Selatan Lim Si-hyeon cipta rekod dunia dalam pusingan ranking
  • GLOBAL

Pemanah Korea Selatan Lim Si-hyeon cipta rekod dunia dalam pusingan ranking

Utusan Sarawak 10 months ago
ATLET Memanah Korea Selatan, Lim Sihyeon ketika beraksi dalam acara memanah Wanita pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Esplanade Des Invalides, semalam. Lim Sihyeon memecah rekod dunia acara memanah Wanita dalam kedudukan individu dengan 694 panahan. FotoBERNAMA

PARIS: Pemanah Korea Selatan, Lim Si-hyeon mencipta rekod dunia dalam pusingan ranking wanita di Sukan Olimpik Paris semalam, memulakan debut Sukan Musim Panas itu dengan cemerlang, lapor agensi berita Yonhap.

Lim mencatatkan 694 daripada 720 mata di Les Invalides di Paris, menamatkan pusingan ranking di tempat pertama. Rekod sebelumnya dipegang oleh pemanah Korea Selatan lain, Kang Chae-young, dengan 692 mata yang dicatatkan pada Jun 2019.

Lim, pemenang tiga pingat emas Sukan Asia pada musim luruh lepas, akan menjadi pilihan utama dalam pertandingan individu, yang bermula Selasa dengan pusingan 64. Lim juga akan mewakili Korea Selatan dalam acara berpasukan campuran pada 2 Ogos.

ATLET Memanah Korea Selatan, Lim Sihyeon ketika beraksi dalam acara memanah Wanita pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Esplanade Des Invalides, semalam. Lim Sihyeon memecah rekod dunia acara memanah Wanita dalam kedudukan individu dengan 694 panahan. FotoBERNAMA

Bakal pasangannya adalah pemanah lelaki terbaik Korea Selatan dalam pusingan ranking lelaki, yang bermula lewat semalam.

Acara berpasukan campuran diperkenalkan buat kali pertama di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lepas, dan An San dari Korea Selatan menjadi pemenang tiga pingat emas dalam sejarah memanah Olimpik dengan memenangi emas individu wanita, berpasukan wanita dan berpasukan campuran.

An tidak berjaya menyertai pasukan Korea Selatan untuk Paris, dan kini Lim akan mencuba untuk memenangi tiga pingat emas.

Dalam pusingan ranking, Lim mendahului semua peserta dengan panahan 48 kali tepat ke zon 10 mata pada sasaran.

Dalam pusingan ranking pada Khamis, Nam Su-hyeon dari Korea Selatan menamatkan di tempat kedua di belakang Lim dengan 688 mata. Ahli ketiga pasukan Korea Selatan, Jeon Hun-young, menduduki tempat ke-13 dengan 664 mata.

Dengan jumlah mata tiga pemanah itu, Korea Selatan menamatkan pusingan ranking itu di tempat pertama sebagai pasukan dengan rekod Olimpik 2,046 mata, 50 mata di hadapan tempat kedua China. Korea Selatan akan menjadi pilihan utama dalam acara berpasukan wanita pada Ahad.

Korea Selatan telah mencatatkan rekod Olimpik sebelumnya di Tokyo dengan 2,032 mata.

Negara ini tidak pernah kalah dalam acara berpasukan wanita dan akan mencuba untuk memenangi pingat emas ke-10 berturut-turut.

Korea Selatan telah menjadi negara paling berjaya dalam sejarah memanah Olimpik, dengan 27 pingat emas dan 43 pingat keseluruhan. – Bernama – Yonhap

Continue Reading

Previous: Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat keganasan protes pelajar akibatkan 197 kematian
Next: Olimpik Paris: Lady Gaga, Celine Dion dijangka buat penampilan di upacara pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.