WASHINGTON: Kapal kontena Dali berjaya dialihkan semalam, hampir lapan minggu selepas ia berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, menyebabkan jambatan itu runtuh, lapor Agensi Anadolu.
“Pagi ini (semalam), kapal kargo yang berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key telah dipindahkan secara rasmi – satu langkah penting ke arah membuka semula laluan menuju ke Pelabuhan Baltimore,” kata Rumah Putih di X.
Kapal itu yang membawa hampir 4,700 kontena melanggar jambatan itu pada Mac, menyebabkan enam orang terbunuh.
Runtuhan struktur itu menyebabkan trafik terhenti di salah satu pelabuhan paling sibuk di Amerika Syarikat (AS). – Bernama – Anadolu