Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz  
  • GLOBAL

Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz  

Utusan Sarawak 12 months ago
RAKYAT Iran berkumpul di Dataran Valiasr di tengah Tehran untuk meratapi kematian Presiden Ebrahim Raisi; Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan tujuh yang lain dalam nahas helikopter. FotoAFP

TABRIZ (Iran): Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz hari ini sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pengarah Pejabat Organisasi Penyebaran Islam Iran di Tabriz, Hojjatoleslam Mahmoud Hosseini, berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz, semalam.

Hosseini memberitahu wartawan IRNA semalam bahawa perarakan jenazah akan diadakan hari ini dan penduduk Tabriz akan mengucapkan selamat tinggal kepada presiden dan membawa jenazahnya ke Lapangan Terbang Tabriz.

Beliau berkata  bahawa Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei  akan menunaikan solat jenazah untuk presiden pada Rabu dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung halamannya di Mashhad sehari kemudian.

Satu majlis sedang berlangsung di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi.

Presiden Raisi dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran pada Ahad.

Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama dan kesemuanya terkorban. – Bernama – IRNA

Continue Reading

Previous: Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Next: Pilihan Raya Iran ditetapkan 28 Jun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.