Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

Facebook
WhatsApp

TOKYO: Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas bahagian tubuh tikus ditemukan dalam dua paket yang dihasilkan pada barisan pengeluaran yang sama.

Penarikan balik roti itu melibatkan Chojuku Yamagata 5 keping dan Chojuku Yamagata 6 keping yang dihasilkan di Kilang Pasco Tokyo Tama dengan tarikh luput antara 7 dan 11 Mei,  lapor agensi berita Xinhua memetik pembuat roti yang berpusat di Nagoya itu.

Menurut syarikat itu, langkah penarikan semula produk diambil selepas dua pelanggan melaporkan pada Ahad bahawa objek menyerupai haiwan kecil ditemukan dalam paket roti keping, yang kemudian disahkan sebagai bahagian tubuh tikus.

Tiada ancaman kesihatan dilaporkan setakat ini. – Bernama – Xinhua

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa

Peletakan jawatan Loke, PM tunggu surat

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. “Tunggu surat