Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Corak batik inspirasi pereka fesyen muda
  • STAIL

Corak batik inspirasi pereka fesyen muda

Utusan Sarawak 2 years ago
MENARIK… Siti Adeena Muneera Zakaria menunjukkan koleksi pakaian berasaskan corak batik yang dijual semasa Program What About Kuching 2023 – Artistically About Kuching Exhibition Special Viewing.

KEUNIKAN corak batik yang mampu memukau dan menawan mata masyarakat dari pelbagai pelusuk negara tidak dinafikan menjadi ’oksigen’ untuk ia terus ’hidup’ dalam dunia fesyen hingga ke hari ini.

Pemakaian batik yang digunakan dalam kehidupan seharian baik pakaian mahupun aksesori lain ternyata masih relevan dan diminati para pereka fesyen sebagai corak utama dalam rekaan mereka.

Siapa yang menyangka, minat dalam bidang jahitan yang timbul apabila sering memerhatikan Allahyarhamah nenek membuat selimut tampung seribu dari kecil lagi membuatkan pereka fesyen muda, Siti Adeena Muneera Zakaria, 28, kini menjadikan bidang itu sebagai ’lubuk rezeki’.

Lebih dikenali dengan nama Muneera, beliau yang merupakan graduan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan dalam Bidang Perbankan berkata pakaian rekaan berasaskan corak batik yang dihasilkannya tidak hanya menarik minat orang tempatan, malah ia turut dibeli oleh pelancong luar negara.

WARNA-WARNI… Antara pakaian rekaan Siti Adeena Muneera Zakaria yang berasaskan corak batik.

”Pakaian rekaan saya yang berasaskan kain dan corak batik merangkumi pelbagai jenis seperti baju kurung, baju kemeja dan kardigan yang lebih dikenali sebagai ’outsize outerwear’. Kardigan batik yang saya hasilkan muat untuk pelbagai saiz dan antara rekaan yang paling diminati.

”Saya mula menceburi bidang ini pada 2018 setelah tamat pengajian di UiTM Samarahan. Bagi kardigan batik ini, ia mula dijual pada tahun lepas, iaitu semasa Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

”Pada masa itu, jualan kardigan batik ini agak laris hingga ramai pelancong dari luar negara yang berminat dan membelinya. Bagi mereka, ia mempunyai nilai tersendiri,” katanya yang merupakan pengasas Mantra Collection.

BERGAYA… Pakaian bercorak batik rekaan Siti Adeena Muneera Zakaria yang digayakan semasa Pertunjukan Fesyen Sarawak (Sarawak Fashion Show) di The Old Courthouse, Kuching.

Tambah Muneera lagi, corak batik ’urban’ terus menjadi pilihan para pelanggan kerana ia sesuai digayakan oleh semua orang tanpa mengira usia atau jantina.

Tidak hanya laris terjual di Sarawak sama ada secara tempahan atau melalui program tempatan yang melibatkan pengusaha tempatan, helaian rekaan Muneera juga pernah mencecah pasaran luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

”Selain mempromosikannya menggunakan media sosial, pakaian rekaan saya di bawah jenama Mantra Collection ini juga pernah digayakan oleh para model semasa pertunjukan fesyen.

”Pada Februari tahun ini, pereka terkenal Yacutha memilih rekaan saya untuk digayakan para model semasa Pertunjukan Fesyen Sarawak (Sarawak Fashion Show) di The Old Courthouse, Kuching,” ujarnya.

Menjelas lanjut berkenaan pakaian rekaan beliau, Muneera berkata selain boleh membeli pakaian sedia dipakai (RTW), beliau juga menerima tempahan mengikut permintaan pelanggan (custom made).

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Adaptasi corak kain batik atas kek khas untuk sambutan Hari Guru  
Next: Peminat minyak wangi ‘busuk’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.