SIBU: Jalan satu Lorong bagi setiap 11 jambatan di Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak di Bahagian Sibu, WPC07 telah ditutup bermula 3 November 2023 hingga 13 Mei tahun depan.
Penutupan satu Lorong melibatkan Jambatan Sungai Batukar, Jambatan Sungai Pasai Bun, Jambatan Sungai Pasai Engkabang Besar, Jambatan Sungai Pasai Engkabang Kecil, Jambatan Sungai Pasai, Jambatan sungai Sebintik, Jambatan Sungai Pasai Siong Kanan, Jambatan Sungai Pasai Siong Kiri, Jambatan Batang Oya, Jambatan Sungai Sebenda dan Jambatan Sungai Tamin.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu makluman memaklumkan, kerja-kerja pembinaan fasa akhir masih dijalankan.
Justeru, pengguna jalan raya diminta berhati-hari ketika memandu di laluan berkenaan sepanjang tempoh penutupan jalan sedang dijalankan dan mematuhi segala pengurusan trafik.
Selain itu, pengguna jalan raya juga dikehendaki memberi perhatian dan kerjasama sepenuhnya ketika memalui kawasan itu.
Pemakluman berhubung jalan dan lorong ditutup akan dilakukan dari masa ke masa.
Orang ramai boleh menghubungi Talikhidmat Pejabat JKR Sarawak di talian 082-203199 atau WPC07 013-8183226 atau 019-8877920 untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di lokasi tersebut.