Adum Liu
BATU NIAH : Jalan utama yang lurus menuju ke pekan Batu Niah perlu ada beberapa ‘bonggol jalan’ untuk keselamatan pengguna jalan raya.
Kapitan Pui Kuan Pheng ketika ditemui di sini semalam berkata, pihak berkuasa tempatan perlu mengutamakan keselamatan orang ramai dengan mewujudkan ‘bonggol jalan’ untuk memperlahankan pergerakan kenderaan disebabkan jalan raya yang lurus.
Katanya, pekan Batu Niah yang turut mengecapi limpahan pembangunan dan rakyatnya semakin makmur kini memiliki banyak kenderaan dan bukan seperti dahulu.
“Saya mohon kepada pihak berkuasa tempatan supaya peka dengan keselamatan orang ramai terutamanya pelajar sekolah.
“Selaku Kapitan Batu Niah, saya sangat berharap pihak berkuasa tempatan supaya memantau keadaan kawasan tersebut,” jelasnya.
Tambahnya, pelbagai jenis kenderaan yang melalui jalan itu didapati bergerak dengan laju dan telah banyak kali berlaku kemalangan maut.
“Semalam telah berlaku kemalangan antara sebuah motosikal dengan kereta, namun bernasib baik tidak berlaku kemalangan muat,” katanya.