• Kerjasama dengan Tesla memperkukuhkan komitmen AmBank ke arah mobiliti lestari
• Menawarkan pakej pembiayaan kompetitif dengan antara kadar faedah terendah bagi pembeli Tesla Model Y di Malaysia
• AmBank ialah satu dari dua Penyedia Pembiayaan Pilihan Tesla di Malaysia
• Liberty Insurance turut menjadi rakan insurans AmBank dengan menyediakan insurans perlindungan kenderaan bagi setiap pembiayaan diluluskan
KUALA LUMPUR: AmBank telah menjalin kerjasama khas dengan Tesla Inc. bagi menawarkan pakej pembiayaan kenderaan mengujakan dengan kadar faedah antara terendah untuk pembeli kereta elektrik Tesla Model Y yang dilancarkan hari ini, yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat EV di Malaysia.
AmBank ialah satu daripada dua Penyedia Pembiayaan Pilihan Tesla di Malaysia.
Pelancaran Tesla Model Y di Kuala Lumpur menandakan kemasukan rasmi Tesla ke tanahair di bawah entiti Malaysia miliknya iaitu Tesla Malaysia yang membabitkan khidmat jualan, pengedaran, jaminan dan pasca-jualan sepenuhnya.
Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir berkata, kumpulan itu amat berbangga dipilih oleh Tesla Inc. sebagai salah satu daripada dua Penyedia Pembiayaan Pilihan bagi model-model EV Tesla di Malaysia yang memperkukuhkan lagi portfolio pembiayaan kenderaan EV mereka selaras dengan agenda besar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) AmBank.
“AmBank berbangga menyokong aspirasi Malaysia ke arah neutral karbon menjelang 2050, sejajar dengan kerangka Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (2021 – 2030) yang menyasar untuk mengubah hala tuju Malaysia bagi berhijirah ke industri pengangkutan dijana elektrik selaku strategi utama mengurangkan pelepasan karbon.
“Sehubungan itu, kadar pembiayaan terpilih akan ditawarkan untuk EV,” katanya.
Bagi pembelian model-model Tesla Y, AmBank menawarkan salah satu pembiayaan kenderaan kadar faedah paling kompetitif di pasaran yang pastinya akan memainkan peranan penting ketika pembeli membuat pilihan untuk pakej paling sesuai dengan pelan pembayaran semula mereka.
“Misi Tesla ialah untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga lestari.
“Selaku sebahagian daripada komitmen Tesla di Malaysia, kami telah menyediakan pelan pembangunan menyeluruh merangkumi pusat pengalaman, servis dan sokongan, dan juga infrastruktur mengecaj kesemuanya bertujuan memastikan pengalaman tanpa halangan bagi pemilik Tesla.
“Kami komited dan teruja untuk memacu pelepasan karbon sifar bagi masa hadapan lebih hijau di Malaysia,” kata Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan.
Pakej pembiayaan AmBank yang ditawarkan kepada pembeli di Malaysia sah untuk semua tiga varian Tesla Model Y yang dilancarkan hari ini.
Ketiga-tiga varian tersebut ialah Tesla Model Y RWD dengan harga RM199,000; Tesla Model Y Long Range AWD dengan harga RM246,000 dan Tesla Model Y Performance AWD berharga RM288,000.
Kesemua harga yang disebutkan adalah termasuk SST.
Di samping itu, AmBank turut menjalin kerjasama dengan AmGeneral Insurance Berhad untuk menyediakan insurans perlindungan untuk kenderaan Tesla. InsureMyTesla oleh Liberty Insurance akan menjadi produk insurans perlindungan pilihan bagi kenderaan EV Tesla ini.
AmGeneral Insurance Berhad milik Kumpulan AmBank telah bergabung dengan Liberty Insurance Berhad (LIB) baru-baru ini, berikutan perolehan 100 peratus saham AmGeneral oleh LIB.
Bakal pembeli Tesla Model Y boleh memohon untuk pembiayaan melalui laman web rasmi Tesla : https://www.tesla.com/en_my/modely/design#payment dengan pautan terus ke laman web pembiayaan auto AmBank di: https://www.ambank.com.my/eng/loans/#car – Bernama