KUCHING: Firma Penasihat Kewangan Kumpulan Citadel yang ditubuhkan pada 2019 di Kuala Lumpur memperluaskan jangkauan industri kewangan di Sarawak melalui pembukaan pejabat baharunya di Kuching dan Sibu.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Jeff S Medina berkata, pihaknya berusaha membuka kunci instrumen kewangan digital untuk membantu mengurus kekayaan bernilai tinggi bagi individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus berkembang dalam masa mencabar ini.
“Kami mahu dilihat sebagai organisasi kewangan yang berwibawa dan boleh dipercayai selain kukuh dengan lesen sedia ada daripada pengawal selia berkaitan.
“Produk kekayaan dan perkhidmatan Citadel mempromosikan pembiayaan Islam juga telah terbukti dalam latihan mengumpul dana sebelum ini yang digunakan untuk mengembangkan lagi e-pembayaran perniagaan pintu masuk tempatan dan ke negara jiran di Asia wilayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Itu adalah salah satu misi syarikat – untuk mengubah paradigma pasaran,” katanya menjadi tuan rumah Borneo pertama pada sesi rangkaian media terpilih di Kuching, baru-baru ini.
Katanya lagi, kumpulan itu komited dalam memastikan model dan strategi perniagaan mematuhi garis panduan pihak berkuasa masing-masing yang dilesenkan.
Ketika ditanya tentang banyak kes pelabur menjadi sasaran penipuan kewangan, Jeff menyatakan, pelabur perlu membuat kajian dalam mencari syarikat bereputas dengan rekod prestasi yang baik.
“Tiada apa yang lebih baik daripada mempunyai rekod kukuh selain reputasi baik dalam memastikan modal pelabur dan pelanggan terpelihara dengan pulangan,” ujarnya.