KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) memohon agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mempunyai sikap keterbukaan dalam menangani isu melibatkan masyarakat setempat.
Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Michael Kong berkata, MBKS perlu menerima kerjasama dan mengalu-alukan input daripada semua pihak yang bersedia berkongsi matlamat pembangunan untuk masyarakat.
“Saya secara peribadi menghubungi Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng melalui nombor peribadinya, meminta pertemuan untuk membincangkan isu membabitkan petisyen yang ditandatangani 204 keluarga di Skim Penempatan Semula Stampin.
“Objektif kami bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan dengan menyediakan infrastruktur awam yang diperlukan dan menambah baik landskap keseluruhannya.
“Walaupun ia berada dalam kawasan bidang kuasa MBKS, DAP bersedia untuk menyumbang dan membantu menangani masalah tersebut,” jelasnya.
Kong bagaimanapun menzahirkan kekecewaan terhadap Datuk Wee Hong Seng memilih untuk mempolitikkan inisiatif DAP berhubung cadangan gelanggang bola keranjang dan futsal di Lorong 2, Skim Penempatan Semula Stampin.
“Malangnya, Wee tidak ada maklum balas daripada Wee.
“Semasa lawatan saya ke MBKS, surat yang saya bawa itu diarahkan dihantar kepada pembantu Wee iaitu Sim.
“Jika diberi kesempatan, saya ingin menjelaskan secara peribadi isi kandungannya dan memastikan perkara itu mendapat perhatian Wee.
Pada masa sama, Kong turut memaklumkan kepada Sim bahawa surat itu bertujuan mendapatkan kebenaran MBKS bagi menggunakan tanah yang ditetapkan.
“Sekiranya Wee meluangkan masa untuk meneliti kandungan surat itu sebelum mengecam petisyen DAP dan menolaknya sebagai satu lagi sandiwara politik, beliau akan memahami niat sebenar kami,” ujarnya.
Menurut Kong, surat jelas bertujuan menangani kekurangan infrastruktur dan DAP hanya mencadangkan inisiatif berkepentingan bersama merayu kepada Datuk Wee untuk melibatkan pihak berkepentingan lain secara aktif dalam inisiatif ini, termasuk Kementerian Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Hannah Yeoh.
Justeru, Kong menggesa Wee untuk mengetepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan kepada objektif bersama untuk meningkatkan kehidupan penduduk.
Oleh Connie Chieng