KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib semalam menyerahkan hadiah, sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak kepada 30 keluarga kurang bernasib baik di sekitar Kuching, Bau dan Lundu.
Sumbangan itu diserahkan kepada para penerima dengan diwakili oleh kakitangan Astana Negeri Sarawak.
Toh Puan Ragad dalam kenyataan media mengingatkan orang ramai untuk memerhatikan penjarakkan sosial dan berwaspada semasa perayaan Gawai.
“Gawai 2020 ini harus menjadi perayaan disambut berhati-hati ketika pandemik Covid -19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan larangan perjalanan yang dikuatkuasakan di dalam negeri dan daerah di Malaysia. Covid-19 mungkin menunjukkan tanda-tanda penurunan namun masih ada kes baharu yang direkodkan.
“Rakyat Malaysia menurut PKPB tidak dibenarkan balik kampung untuk Raya dan Gawai. Namun, ini tidak boleh melemahkan semangat perayaan.
“Seperti yang telah kita lihat dalam beberapa minggu terakhir, rakyat Malaysia tidak hanya menjadi semakin celik teknologi tetapi juga kreatif dalam cara mereka menggunakan teknologi untuk melalui keadaan yang belum pernah terjadi sebelumnya,” katanya.
Bagi mereka yang mempunyai akses internet yang baik, mereka boleh menggunakan panggilan video untuk berkomunikasi dengan keluarga dan saudara-mara semasa perayaan Aidilfitri dan Gawai ini.