ISTANBUL: Persekutuan bola sepak Belgium pada Isnin memilih Pascale Van Damme sebagai presiden, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama yang menerajui persekutuan itu.
“Ia memberi saya keyakinan yang tinggi bahawa seluruh lembaga Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) dan lembaga pengarah mahu melakukan perubahan bersama-sama dan terus membina masa depan RBFA,” kata Van Damme dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Lembaga RBFA melantik Van Damme sebagai pengganti Paul Van den Bulck yang meletak jawatan selepas kurang setahun menyandang jawatan itu. – Bernama-Anadolu