Tun Taib bersama keramaian berbuka puasa, solat maghrib, isyak, bertarawih

Facebook
WhatsApp
AMAL IBADAH… Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disambut oleh Dato Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi untuk majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih di Masjid Astana di sini sempena Ramadan pertama, malam tadi.

KUCHING: Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meluangkan waktu menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan tarawih di Masjid Astana di sini sempena Ramadan pertama, malam tadi.

Menurut kenyataan media, majlis solat hajat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Dato Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Antara yang dijemput untuk majlis solat hajat itu ialah kakitangan Tabung Baitulmal Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Sarawak (Jakim), Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA), Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Pusat Perubatan Normah dan ketua masyarakat dari Kampung Lintang dan Kampung Sg. Bedil.

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia