Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
  • NASIONAL

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom

Utusan Sarawak 2 years ago

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra bersama Azura Saleh (kiri) ketika mencemar duli melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom hari ini. Turut hadir, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (kanan). FotoBERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini hari ini.

Ketibaan Tunku Azizah pada kira-kira 10.15 pagi disambut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan kakitangan hospital.

Turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Md Nor serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar hospital yang beroperasi sejak 2007 itu dan berkenan mendengar taklimat daripada beberapa orang kakitangan.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) berkenan mendengar penerangan daripada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika mencemar duli melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, hari ini. FotoBERNAMA

Seri Paduka kemudian berharap agar hospital berkenaan ditambah baik dari segi fasiliti dan dilaksanakan penambahan kakitangan supaya rakyat setempat serta pesakit dari negeri berhampiran dapat menggunakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Raja Permaisuri Agong kemudian berangkat pulang pada kira-kira 11.15 pagi.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan proses pembedahan secara maya ketika mencemar duli melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, hari ini. Turut sama, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus (depan, dua kanan). FotoBERNAMA

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom ketika ini mempunyai kapasiti 40 katil, empat buah wad, empat bilik bersalin dan dua dewan bedah.

Kakitangan hospital itu pula terdiri daripada 229 anggota pelbagai jawatan termasuk 16 Pegawai Perubatan, 58 jururawat dan 20 Penolong Pegawai Perubatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir: Tiada penangguhan Sesi Persekolahan 2023/2024
Next: Agong berkenan saksi MoU bagi tingkat kelestarian Cameron Highlands

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.