ANKARA: Pemain bola sepak tertua dunia, Kazuyoshi Miura, berpindah ke kelab bola sepak Portugal, Oliveirense pada Rabu, beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-56.
Menurut Kelab bola sepak Jepun, Yokohama FC Miura, 55, menyertai Oliveirense secara pinjaman, menurut Agensi Anadolu.
Penyerang Jepun itu sebelum ini berkata beliau berhasrat untuk beraksi sehingga umurnya 60 tahun.
Miura kembali ke Eropah pada 1999 apabila menandatangani kontrak dengan kelab Dinamo Zagreb di Croatia.
Beliau pernah merangkul kejuaraan ketika beraksi dengan kelab di Jepun dan di Croatia.
Miura menyarung jersi untuk pasukan kebangsaan Jepun antara tahun 1990 dan 2000 serta menjaringkan 55 gol dalam 89 penampilan antarabangsa.
Pemain itu akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada 26 Februari. – Bernama