SADONG JAYA: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) tahun ini merancang kira-kira 727 program membabitkan peringkat negeri, cawangan sehinggalah ke peringkat unit.
Presiden Saberkas, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, berkata, terdapat tiga kluster utama program yang ditekankan iaitu sosial, rekreasi dan kebajikan; pendidikan, latihan dan kepemimpinan serta ekonomi dan keusahawanan.
“Di bawah kluster sosial, rekreasi dan kebajikan iaitu Program Kayuhan Santai Amal SABERKAS, kita laksanakan di SABERKAS Cawangan Sadong Jaya.
“Malah program ini adalah untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat kalangan belia dan masyarakat, di samping menyuburkan semangat kesukarelaan semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Kayuhan Santai Amal SABERKAS sambutan Jubli Emas
SABERKAS di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata, melalui SABERKAS Prihatin turut disertakan sukan berbasikal.
“Saya dimaklumkan bahawa kumpulan ini akan menghantar sumbangan ke rumah golongan memerlukan berupa barangan keperluan dapur,” katanya.
Sebanyak 10 kampit beras diserahkan sebagai simbolik penyerahan pada majlis itu.
Pada 2022, 40 program berjaya dilaksanakan dengan pemberian dana sebanyak RM5,000 kepada setiap SABERKAS Cawangan.
Oleh NICKELYSON LAKUN