KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan supaya Muzium Budaya Borneo (BCM) dibuka pada waktu malam.
Katanya, ini juga sebagai memenuhi keperluan mereka yang datang ke restoran itu terurtama selepas waktu pejabat.
“Ini harapan kita supaya muzium itu dapat dibuka pada waktu malam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Restoran BCM di sini, malam tadi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Restoran BCM mula dibuka kepada umum pada Julai tahun lalu. Ia menyajikan masakan barat selain menawarkan masakan fusion Sarawak.
Abdul Karium berkata BCM juga mencatatkan kehadiran pengunjung setengah juta orang sejak dibuka Mac tahun lalu.
Katanya, ini menunjukkan satu kejayaan besar kerajaan Sarawak yang berusaha mempamerkan budaya semua kumpulan etnik di negeri ini.
“Sehingga kini sejumlah 572,000 pengunjung direkodkan melawat BCM.
“Ia adalah satu jumlah yang besar dalam tempoh kurang setahun,” katanya.
Beliau berkata, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga sudah beberapa kali melawat muzium ini.
Oleh NUR AIN OTSMAN