Tabika KEMAS Lawas kunjungi Balai Bomba 

Facebook
WhatsApp

LAWAS:  Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lawas bersama tujuh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di daerah ini mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar itu disertai 157 orang terdiri daripada anak murid, guru pengiring dan ibu bapa.

Lawatan sambil belajar itu membabitkan Tabika Kemas Kampung Pa’puti, Tabika Kemas Kampung Ladang Baru A & B, Tabika Kemas Kampung Long Sebangang, Tabika Kemas Kampung Pa’ kepulu, Tabika Kemas Kampung Long Tukun dan Tabika Kemas Kampung Banting. 

Antara aktiviti yang diadakan ketika kunjungan itu adalah ceramah keselamatan kebakaran kepada Ahli Kelab 3K (Berhenti, Rebah, Guling & Merangkak Semasa Kebakaran).

Ini diikuti demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api (jenis debu kering) kepada Ibu bapa ahli Kelab 3K.

Turut diadakan pameran jentera bomba, menaiki jentera bomba dan menggunakan peralatan kebombaan.

Rombongan ini disambut mesra Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Azman Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah kebombaan.

Oleh ADENG EDRUS

Keterangan gambar

CERAMAH KEBOMBAAN…Azman menyampaikan ceramah mengenai pengenalan asas Bomba dan Penyelamat. 

KENALI BOMBA…157 rombongan Kemas beserta guru dan ibu bapa berkunjung ke Balai Bomba Lawas.