Polis tingkat usaha pencegahan jenayah di Pasar Basah Kota Sentosa

Facebook
WhatsApp
SUPERINTENDEN Barry William ketika melaksanakan program High Profile Policing (HPP) di Pasar Basah Kota Sentosa.

KUCHING, 23 Oktober: Polis mempergiat usaha pencegahan jenayah dan meningkatkan keyakinan orang ramai menerusi Program High Profile Policing (HPP) di Pasar Basah Kota Sentosa hari ini, dengan anggota polis berinteraksi bersama peniaga dan masyarakat mengenai kesedaran keselamatan.

Ketua Polis Padawan Superintenden Barry William berkata program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.00 pagi itu bertujuan meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan awam, mencegah kegiatan jenayah dan mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap pihak polis.

Beliau berkata kehadiran polis yang lebih ketara di lokasi sibuk dapat membantu menghalang kegiatan jenayah, selain membolehkan anggota bertindak dengan lebih pantas terhadap kecemasan dan insiden yang berlaku.

“Melalui program ini, kami mahu orang ramai berasa lebih selamat dan yakin apabila mengetahui bahawa polis sentiasa berada di kawasan komuniti mereka. Kami juga menggalakkan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam usaha mencegah jenayah,” katanya.

Sepanjang program itu, anggota polis berinteraksi dengan orang ramai serta mengedarkan risalah pencegahan jenayah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga barangan peribadi dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Barry turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan kesalahan, termasuk dengan berhati-hati ketika berurusan dengan individu mencurigakan atau menerima panggilan dan mesej yang berkemungkinan merupakan penipuan.

Orang ramai turut diberikan maklumat mengenai aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), selain nombor telefon balai polis berhampiran dan talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bagi memudahkan komunikasi serta penyaluran maklumat mengenai aktiviti mencurigakan.

Program itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Dr Daram Ruer, Ketua Balai Polis Kota Sentosa ASP Ruddy Garit Gingkoi serta pegawai polis lain, bersama sembilan anggota polis dan tujuh anggota Amanita dari IPD Padawan.

PRN: DUN Sarawak bubar Isnin ini

PETRA JAYA, 23 Oktober: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan secara rasmi Isnin ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi