DOHA: Pengendali Maghribi, Walid Regragui mengagumi semangat juang anak buahnya selepas skuad kendaliannya mengatasi Portugal 1-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022.
Maghribi muncul pasukan pertama dari benua Afrika berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Tandukan Youssef En-Nesyri di minit akhir babak pertama membawa skuad kendalian Redragui yang dibelenggu kecederaan ke pusingan empat terakhir, bertemu pemenang antara Perancis atau England.
Kami menentang pasukan Portugal yang hebat. Kami mengeluarkan apa yang ada, kami masih ada pemain yang cedera.
“Saya beritahu pemain-pemain sebelum perlawanan yang kita perlu merakam sejarah untuk Afrika. Saya amat gembira,” kata Redragui.
“Kami menentang pasukan Portugal yang hebat. Kami mengeluarkan apa yang ada, kami masih ada pemain yang cedera.
“Saya beritahu pemain-pemain sebelum perlawanan yang kita perlu merakam sejarah untuk Afrika. Saya amat gembira,” kata Redragui.
Ia gila. Kami sedang bermimpi dan tidak mahu terjaga. Bulu roma saya meremang.
“Apa yang kami capai, memang hak kami. Kami bekerja keras. Ia belum berakhir. Masih ada separuh akhir dan dengan Insya-Allah, final,” kata Sofiane. – AFP