KUALA LUMPUR: Tiada ahli Dewan Rakyat dapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, menurut kenyataan Istana Negara.
Dalam kenyataan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional menghadap 4.30 petang ini di Istana Negara.
PRU15 Sabtu lepas berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi.
Keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi; Perikatan Nasional 73 kerusi; Barisan Nasional (30); Gabungan Parti Sarawak (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.
Berita selanjutnya selepas ini.
— BERNAMA