KUCHING: Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee menang bergaya dengan majoriti 14,893 undi.
Rodiyah yang meraih 18,668 undi menewaskan Setiausaha Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak, Lahaji Lahiya yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh hanya 3,775 undi.
Ternyata, jumlah majoriti diraih Rodiyah menunjukkan peningkatan 2, 565 berbanding 12, 328 majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pada PRU-14, Dato Sri Nancy Shukri memenangi kerusi itu atas tiket Barisan nasional (BN) dengan 14,208 undi, mengalahkan Othman Mustapha @ Mos dari Parti Keadilan Rakyat dan Asan Singkiro dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Oleh RYNNA SHA’ERRA