KUCHING: Kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menarik perhatian orang ramai.
Beliau hadir pada 1.26 tengah hari di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini, bagi kerusi Parlimen Santubong.
Enam anggota polis kelihatan mengiringi beliau ke saluran mengundi dua di pusat itu.
Ragad kemudian keluar dari pusat mengundi pada jam 1.30 tengah hari sambil tersenyum dan melambai kepada pengundi lain yang masih beratur.
Setakat 12 tengah hari ini 550 pengundi hadir mengundi di pusat mengundi itu.
Oleh SHAHRUL QAIZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL