Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rubiah rayu sokongan lebih hebat untuk terus majukan Samarahan
  • PRU-15
  • SEMASA

Rubiah rayu sokongan lebih hebat untuk terus majukan Samarahan

Utusan Sarawak 3 years ago

Untuk rekod, Rubiah berjaya menewaskan Sopian Julaihi dari Parti Keadilan Rakyat dan Zulkipli Ramzi dari Parti Islam Se Malaysia pada PRU-14 yang lalu dengan undi majoriti 16,992 atas tiket Barisan Nasional.

RYNNA SHA’ERRA

KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Samarahan, Datuk Rubiah Wang yang terus diberi peluang untuk bertanding, berjanji untuk terus membela nasib rakyat di kawasan itu.

“Saya akan terus melanjutkan pembangunan di kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat Kota Samarahan secara keseluruhannya.

“Untuk pilihan raya kali ini, harapan saya ialah untuk sokongan yang lebih hebat daripada pengundi bagi membolehkan saya meneruskan sumbangan dan bakti dalam usaha mentransformasi Kota Samarahan.

“Antara pembangunan itu ialah dari sudut pendidikan, pembangunan infrastruktur dan begitu juga pembangunan modal insan yang selama ini menjadi kunci utama (perjuangan) saya setelah dua penggal berkhidmat di Kota Samarahan.

“Banyak perancangan yang telah kita buat dan sesetengah perancangan itu memerlukan penglibatan untuk terus dilaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima watikah pada majlis Penyerahan Watikah Calon GPS di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya hari ini.

Untuk rekod, Rubiah berjaya menewaskan Sopian Julaihi dari Parti Keadilan Rakyat dan Zulkipli Ramzi dari Parti Islam Se Malaysia pada PRU-14 yang lalu dengan undi majoriti 16,992 atas tiket Barisan Nasional.

Continue Reading

Previous: GPS tidak gentar berdepan calon ‘heavyweight’ PN
Next: Rohani janji bantu penggantinya untuk menang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.