Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CUEPACS sambut baik cadangan wujud entiti tunggal bekalan air
  • TEMPATAN

CUEPACS sambut baik cadangan wujud entiti tunggal bekalan air

Utusan Sarawak 3 years ago

Cadangan kerajaan pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu membolehkan perkhidmatan bekalan air yang menjadi keperluan asas penduduk, lebih baik dan pada masa sama dapat menjaga kebajikan warga kerjanya. - Dato Adnan Mat

KUCHING: CUEPACS menyambut baik cadangan Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan satu entiti tunggal – Lembaga Air Sarawak dengan menggabungkan empat pihak berkuasa bekalan air di negeri ini.

Presiden CUEPACS, Dato Adnan Mat berkata, cadangan kerajaan pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu membolehkan perkhidmatan bekalan air yang menjadi keperluan asas penduduk, lebih baik dan pada masa sama dapat menjaga kebajikan warga kerjanya.

“Pada mulanya terdapat ura-ura empat agensi yang menguruskan air di Sarawak iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU) akan diswastakan.

“Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga kerja mengenai nasib mereka sekiranya penswastaan itu berlaku terutama dari segi kebajikan dan jaminan pekerjaan pada masa akan datang,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Baru-baru ini, Abang Johari mengumumkan usaha menggabungkan empat agensi bekalan air menjadi satu entiti sahaja dijangka menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun lagi.

Adnan berkata, sudah tentu dalam proses penswastaan akan berlakunya pengurangan dari sudut manfaat sedia ada serta risiko pengurangan kakitangan.

“Penswastaan sepenuhnya juga dibimbangi akan meningkatkan tarif air pada masa akan datang kerana ia sudah tentu akan bersifat keuntungan sepenuhnya.

“Justeru, cadangan kerajaan Sarawak mahu mengkaji penubuhan Lembaga Air Sarawak adalah suatu langkah yang bertepatan.

“CUEPACS yakin kerajaan Sarawak mampu menjadikan lembaga air itu lebih berdaya saing dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Sarawak. Pada masa sama kebajikan kakitangan sudah pasti tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, CUEPACS mengucapkan setinggi penghargaan kerana kerajaan Sarawak sentiasa bersedia menerima pandangan CUEPACS dalam setiap rundingan yang diadakan termasuk dalam isu ini.

Continue Reading

Previous: Tidak tepat dakwa kerajaan zalim terhadap pemilik tanah
Next: Tempoh kempen memadai untuk semua parti bertanding

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.