NUR AIN OTSMAN
KUCHING: Persatuan Sosial PurpleLily Kuching, badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang serta memperkasa wanita, berharap ditampilkan ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
Pengerusi Purplelily Kuching, Suraya Bujang berkata negara khususnya Sarawak perlu lebih ramai wanita dalam legislatif.
“Saya juga mengesa pengundi yang pertama kali mengundi, supaya menunai tanggungjawab mereka dengan turun mengundi.
“Setiap setiap undi adalah penting dalam proses demokrasi. Buatlah pilihan yang bijak. Kami akan memantau proses pilihan raya dan berharap pihak media arus perdana juga memberi liputan kepada semua calon wanita secara adil dan saksama.
“Kekurangan perwakilan wanita dalam kepemimpinan politik tidak boleh lagi dipandang remeh, justeru tindakan substantif dan kolektif perlu diambil segera,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.