Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 150 peserta hadiri taklimat isu semasa di Serian
  • TEMPATAN

150 peserta hadiri taklimat isu semasa di Serian

Utusan Sarawak 3 years ago

PERKONGSIAN… Jaafar Jantan semasa memberi ucapan pada Taklimat Isu-isu Semasa: Inflasi dan Cabaran-Cabaran Bagi Malaysia Peringkat Sarawak’ anjuran Jabatan Penerangan(JaPen) di Dewan Masyarakat Serian, hari ini.

MOHD NEENATUL AIZAL

SERIAN: Seramai 150 peserta menghadiri taklimat isu semasa anjuran Jabatan Penerangan(JaPen) di Dewan Masyarakat Serian di sini, hari ini.

Taklimat ‘Isu Semasa: Inflasi dan Cabaran-Cabaran Bagi Malaysia Peringkat Sarawak’ itu bertujuan mengemaskini keadaan semasa.

Pengarah JaPen Sarawak Jaafar Jantan berkata, taklimat itu bertujuan memberi pencerahan kedudukan inflasi semasa di negara ini.

“Taklimat ini juga bertujuan mendapat maklum balas mengenai kandungan pembentangan dan perkongsian maklumat agar difahami masyarakat serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan.

“Saya percaya setiap seorang daripada kita amat merasai impak inflasi ini. Ia dianggap sebagai satu cabaran domestik dan global yang sudah pasti memberi kesan jangka panjang kepada sistem ekonomi dan kewangan negara.

“Setiap ringgit dan sen yang dikeluarkan akan menjurus minda kita untuk membuat penilaian harga semasa dan harga sebelum terjadinya fenomena inflasi ini,”katanya pada majlis itu.

Jaafar berkata, pelbagai penyelesaian di bawah inisiatif Kerajaan Persekutuan telah diperkenalkan bagi membantu setiap lapisan masyarakat.

“Antara penyelesaian yang telah diperkenalkan termasuk kawalan harga keperluan utama seperti ayam, telur, beras, minyak masak dan sebagainya.

“Pemberian subsidi bahan api seperti petroleum dan tarif elektrik juga diperkenalkan. Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga memperkenalkan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia(JMKM) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kerajaan juga membantu rakyat melalui pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan serta memantapkan penguatkuasaan sempadan bagi mengawal penyeludupan barangan bersubsidi dengan melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan secara harian.

“Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Barang dan Anti Pencatutan 2018 juga mampu membantu rakyat menghadapi masalah inflasi di negara kita,” katanya.

Beliau berharap masyarakat bersedia terhadap sebarang kemungkinan dan mengambil pendekatan awal sebagai langkah siapsiaga sekiranya keadaan semakin tidak pulih.

Continue Reading

Previous: PETROS akan buka hab gas di Kuching, Miri, Bintulu dan Samalaju
Next: KPDNHEP pantau harga barangan kawalan mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.