HARI Sukan Negara (HSN) merupakan antara platform terbaik untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan menggalakkan rakyat di negara ini bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya.
Timbalan Residen Limbang Jamalie Busri berkata HSN yang diadakan pada minggu pertama Oktober setiap tahun merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan langkah proaktif ke arah proses tranformasi mencapai hasrat Malaysia sebuah negara bersukan.
Katanya untuk HSN kali ini Bahagian Limbang berjaya menarik penyertaan 25,000 orang yang sekali gus memeriahkan HSN yang diadakan di Daerah Limbang dan Lawas.
“HSN adalah acara tahunan KBS bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mengalak dan menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan serta menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup mereka,” katanya pada Sambutan HSN Peringkat Bahagian Limbang 2022 di Dewan Suarah pada Sabtu lalu.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Yaman Yahya dan Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot.
Jamalie menjelaskan lagi sasaran jumlah penyertaan tertinggi itu dapat dilihat dalam pelbagai program kesukakan, riadah, rekreasi dan sosial yang diadakan di bawah kementerian belia dan sukan (KBS) melalui kerjasama agensi kerajaan lain.
Kata beliau lagi HSN diadakan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan menjadi pemangkin dalam membudayakan sukan massa dalam kalangan warga di bahagian ini.
Mengulas lanjut HSN diadakan antara lain bertujuan untuk menerapkan budaya sukan, memupuk semangat perpadukan dikalangan rakyat dan menyumbang membantu merancakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
“Objektif kita adalah untuk meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat dalam sukan prestasi tinggi dan sukan masa, dan yang terakhir sekali adalah untuk mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan Program Fit Forever juga akan diadakan di Daerah Lawas pada 22 Oktober ini.
BerbagaI aktiviti sukan termasuk fun ride, aerobik mega, areobaton, sukan petanque, badminton, body fitness, bola tampar, hiking dan acara sukan lain.
Oleh ADENG EDRUS