Pesawat tentera terhempas, korban meningkat 13 orang

Facebook
WhatsApp
Sehingga 6.00 pagi 18 Oktober, 13 mayat sudah ditemukan termasuk tiga kanak-kanak, Seramai 19 lagi dilaporkan cedera.

MOSCOW: Angka korban dalam nahas pesawat tentera di bandar Yeysk di selatan Rusia meningkat kepada 13 orang.
“Menurut Kementerian Kecemasan selepas runtuhan dibersihkan ada lagi mayat ditemukan di lokasi nahas. Sehingga 6.00 pagi 18 Oktober, 13 mayat sudah ditemukan termasuk tiga kanak-kanak,” laopr Sputnik memetik pembantu kepada menteri kesihatan Rusia.
Beliau berkata, 19 lagi dilaporkan cedera.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan sebuah jet pejuang supersonik Su-34 Rusia terhempas di Yeysk dan juruterbangnya berjaya melenting keluar dari pesawat itu.
Jet berkenaan terhempas di kawasan perumahan. – Bernama

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi