PASUKAN Sarawak muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Sirkit Kebangsaan Sukan Boccia 2022.
Pasukan dari Bumi Kenyalang itu berjaya meraih tiga pingat emas, enam perak dan satu gangsa.
Kejohanan diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur bermula Isnin lalu dan berakhir semalam.
Pesatuan Boccia Sarawak menghantar 12 atelet istimewa berkursi roda bersama pengiring ygang terdiri daripada ibubapa atau penjaga.
Sirkit ini adalah persediaan untuk memgharungi temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 yang dijadualkan bermula 1 hingga 6 November ini.
Sementara itu, skuad boccia negara kini mahu mengorak pencapaian lebih jauh di kejohanan peringkat antarabangsa selepas meraih kejayaan pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi Chew Wei Lun dalam acara individu campuran BC1.