NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand di utara India.
Kemalangan berlaku di daerah Pauri Garhwal pada Selasa malam.
“Seramai 25 orang maut dalam nahas itu. Dua puluh yang lain telah diselamatkan dan dihantar ke hospital,” kata polis tempatan pada Rabu.
Bas itu membawa tetamu majlis perkahwinan, menurut laporan tempatan.
Menurut data rasmi, nahas jalan raya di India tahun lalu meragut 155,000 nyawa dan mencederakan 371,000 orang.
Kecuaian ketika memandu dan keadaan jalan raya yang teruk sering dipersalahkan sebagi punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara itu. – AFP