TEKUN membuat dekorasi untuk pelanggannya.
PERKHIDMATAN peniagaan perancang kejutan atau Surprise Delivery semakin mendapat perhatian apabila pengusaha kembali menerima tempahan pelanggan yang ingin membuat kejutan.
Bercakap kepada Utusan Sarawak, usahawan Intan Diamondtinna Suprise Delivery, Hanisah Rosedi, 47, berkata, beliau telah menceburi perniagaan ini sejak tujuh tahun lalu namun terjejas teruk pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertahan.
Bagaimanapun katanya, sejak kebelakangan ini, perkhidmatan penghantaran hadiah secara mengejut itu kembali rancak dengan sehari sekurang-kurangnya 10 atau lebih 40 tempahan sebulan.
Tambah Hanisah harga yang ditawarkan adalah bermula serendah RM50 sehingga mencecah ratusan ringgit bergantung pada jenis tempahan dengan penghantaran sekitar Bintangor dan Sarikei.
Idea beliau mewujudkan perkhidmatan ‘surprise delivery’ ini berkembang sejak seorang rakan yang nak cari seseorang untuk molah kejutan untuk sambutan hari jadi teman wanitanya maka bermula minat untuk menceburi bidang perniagaan ini serta melihat ramai orang yang gembira dan sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan keluarga.
“Perkhidmatan penghantaran menjadi lebih popular dengan adanya Instagram dan Facebook sejak beberapa tahun lalu.
“Kita menyediakan jambangan, coklat, bunga, duit, buah-buahan, kad ucapan, belon dan pelbagai barangan lain dengan dekorasi yang menarik serta kualiti lebih moden dan elegan.
“Perkhidmatan penghantaran hadiah secara mengejut akan bertambah sekiranya terdapat hari istimewa dalam bulan tertentu seperti Hari Ibu, Hari Guru dan sebagainya,”Katanya.
Tambahnya pada masa sekarang beliau menghadapi cabaran baru kerana harga barang semakin naik serta mahal dan pelanggan memohon decorasi yang agak mencabar dan memerlukan kreativiti yang tinggi.
Oleh SURIYANI MOLYADI