CUKUP SENANG … Dato Sri Fatimah Abdullah Fatimah kelihatan mela- kukan transaksi di mesin ATM selepas merasmikan Majlis Pelancaran Operasi Hari Pertama ATM dan CDM bergerak RHB di Oya Square.
OYA: Masyarakat kita telah dinasihati untuk menjadikan aktiviti menabung sebagai sebahagian daripada kehidupan.
Dalam membuat saranan tersebut, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia adalah untuk keselamatan dan kesediaan diri dan keluarga terutama yang berkaitan dengan kewangan.
“Menabung atau simpanan itu bukan hanya untuk masa depan sahaja akan tetapi juga untuk menghadapi segala kemungkinan. Banyak perkara boleh berlaku seperti musibah yang akan berlaku pada bila-bila. Selain itu juga ia boleh digunakan untuk perkara lain seperti berubat dan pembelanjaan berkaitan dengan persekolahan anak-anak,” ujarnya.
Fatimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menyatakan, adalah lebih baik untuk menerapkan budaya menabung itu semenjak kecil lagi.
“Kini di Tadika KEMAS pun sudah ada aktiviti galakan menabung di kalangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal tersebut. Harus ada sokongan daripada ibu bapa, dan ia tidak perlu banyak umpanya daripada 20 sen sehingga RM1 sekali, tergantung dengan kemampuan masing-masing. Sekiranya tabiat menabung itu sudah ada dan terus dipraktikan, ia boleh digunakan untuk mereka melanjutkan pelajar pada suatu hari nanti,” ujarnya.
Beliau percaya dengan secara diwajibkan tersebut, ibubapa akan menyediakan duit untuk anak-anak mereka menabung setiap hari.
“Ia boleh dikatakan` Force Saving atau dipaksa’ untuk menabung, dan saya percaya sekiranya diwajibkan seperti itu, ibu bapa akan menyediakan duit untuk tujuan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Operasi Hari Pertama ATM dam CDM bergerak RHB di Oya Square di sini.
Fatimah juga menyatakan bahawa kini wang RM50 tidak tahan lama dan tidak banyak barang yang boleh dibelikan, justeru, masyarakat harus bijak untuk berbelanja.
Dalam masa yang sama beliau juga menyarankan supaya ahli-ahli Skuad Sayang tempatan untuk mengadakan kempen menggalakkan suri-suri rumah untuk menabung.
“Kini kita sudah ada jadual perkhidmatan ATM/CDM di Oya dan kita boleh menyarankan suri rumah untuk menabung di sini, misalnya satu minggu sekali atau lebih. Selain daripada itu, ahli Skuad Sayang, ketua masyarakat dan kaum ibu juga boleh mewar-warkan tentang kewujudan perkhidmatan seperti ini,” tambah Fartimah.
Menyentuh tentang pelancaran tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak RHB atas inisiatif yang amat bermanfaat itu.
“Kawasan oya bukan di `bypass’ dan ini juga bukan `one-off’ dan sebaliknya akan terus memberi perkhidmatan tiga kali seminggu. Tahniah dan terima kasih kepada pihak RBH yang telah menyahut seruan kerajan untuk mewujudkan perkhidmatan sepeti ini di tempat yang belum ada, dan kita orang oya amat bertuah, dan begitu juga peduduk di Igan dan Balingian kelak. Dan saya juga mengharapkan dalam masa terdekat mereka akan mengadakan perkhidmatan seperti satu hari di Pekan Sabtu, dan dua hari di Oya Square. Di Pekan Sabtu ia bukan hanya untuk pelanggan tempatan, dan malah juga untuk pelanggan dari luar yang berkunjung dan peniaga di sana. Ini adalah konsep menang-menang (win win situation) bagi masyarakat dan pihak bank,” katanya.
Fatimah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang turut hadir dan membuka tapak `booth’ pada hari tersebut, dan berharap I-Suri akan mendapat tempat dikalangan penduduk tempatan.
Oleh HENRY B SIYU