GEMBIRA SAKAN … Pemain Australia meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menumpaskan Emiriah Arab Bersatu 2-1 kelmarin. Sekali gus menghampiri perjalanan ke Piala Dunia tahun ini ke Qatar
AJDIN Hrustic meledakkan gol kemenangan lewat perlawanan untuk menyaksikan Australia melakarkan kemenangan menewaskan Emiriah Arab Bersatu 2-1 kelmarin.
Dengan itu, Australia hanya perlu beraksi pada perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia tahun ini ke Qatar.
Tendangan voli pemain tengah Eintracht Frankfurt, Hrustic yang melencong pada minit ke-84 meneruskan pertembungan zon Asia di Ahmad Ali Stadium yang akan menganjurkan tujuh perlawanan dalam Piala Dunia November ini.
Lebih daripada 4,000 penyokong UAE merangkumi lebih separuh penonton di stadium berkapasiti 40,000 di pinggir bandar Doha di mana pemain terpaksa disejukkan dengan penghawa dingin untuk mengekalkan suhu petang.
Australia akan menentang Peru di stadium yang sama pada 13 Jun ini dalam usaha mereka untuk layak ke pusingan akhir kelima berturut-turut, bergelut mendapatkan kelebihan dengan jurulatih Graham Arnold berkata, beliau mengharapkan lebih daripada pemainnya pada perlawanan seterusnya.
“Saya 50 peratus gembira dengan pasukan. Saya rasa masih banyak peningkatan yang diperlukan masa akan datang,” kata Arnold.
Jurulatih itu yang berkata sebelum perlawanan bahawa ‘kekuatan mental Australia’ membolehkan mereka mengharungi ditambah dengan cabaran yang dilontarkan kepada pemain di bilik persalinan sama ada mereka boleh memberikan lebih banyak ‘semua mereka bersetuju’.
UAE berusaha melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kedua sejak penampilan pertama mereka pada 1990.
Jurulatih Argentina mereka, Rodolfo Arruabarrena berkata, pemain UAE “kurang stamina dalam 15 minit terakhir’ untuk meneruskan perjuangan mereka. – AFP