FRANKFURT menewaskan Rangers 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus memenangi Liga Europa selepas aksi final di Seville berakhir 1-1 pada penghujung masa tambahan, semalam.
Aaron Ramsey gagal menyempurnakan sepakan untuk Rangers dalam penentuan sepakan penalti selepas masuk sebagai pemain gantian dengan perlawanan hanya berbaki tiga minit masa tambahan, sebelum Rafael Borre meledak rembatan kemenangan menakjubkan buat Frankfurt.
“Sekarang kami akan meraikannya untuk beberapa hari akan datang,” kata jurulatih Frankfurt, Oliver Glasner.
Borre merupakan wira selepas membatalkan gol pembukaan Joe Aribo untuk Rangers ketika Frankfurt memenangi trofi Eropah pertama mereka sejak 1980 dan menempah tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA musim depan.
“Saya mengimpikan malam bersejarah buat kelab dan sangat bersejarah bagi saya,” kata Borre, warga Colombia itu. “Ia adalah gelaran Eropah pertama saya. Saya akan menyimpan kenangan ini selama-lamanya.”
“Kami semua adalah wira. Tanpa penyokong kami tidak akan berjaya,” kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.
Kedua-dua kelab berhasrat memenangi kejuaraan Eropah kedua dalam sejarah apabila Rangers merangkul Piala Antara Juara pada 1972 dan Frankfurt selepas menjulang Piala UEFA 42 tahun lalu.
Namun, Rangers gagal hanya pada penghujung rentak luar biasa ke final. Hanya 10 tahun yang lalu minggu ini, Rangers jatuh ke dalam pentadbiran sebelum dibubarkan dan diturunkan ke peringkat terbawah Liga Scotland.
Frankfurt telah pun menewaskan Real Betis, Barcelona dan West Ham United dalam perjalanan ke final dan mereka memang layak menang, mempamerkan kejohanan menarik yang sentiasa kelihatan kurang kualiti teknikal sebenar.
Dengan kapasiti hanya di bawah 43,000, Stadium Sevilla Ramon Sanchez Pizjuan tidak cukup besar menempatkan semua peminat yang mengembara dengan Rangers membawa lebih daripada 100,000 manakala sekitar 60,000 mengikuti Frankfurt ke Sepanyol.
Sebilangan besar menikmati dengan semangat yang baik namun kebimbangan keselamatan bukanlah tidak berasas, dengan pertempuran tercetus di pusat bandar manakala lima peminat Jerman ditahan selepas polis memberitahu seramai 200 penyokong Frankfurt melancarkan serangan ke atas penyokong Rangers. – AFP