BEIJING: Presiden Xi Jinping mahu China memastikan semua aktiviti yang dilakukan untuk melindungi artifak perlu memaparkan tentang tamadun China.
Selaku individu yang sangat menghargai nilai arkeologi dan perlindungan artifak, beliau sering menggunakan barang-barang artifak China untuk menceritakan kisah mengenai China kepada masyarakat antarabangsa.
“Usaha harus dilakukan untuk menghormati dan mewujudkan hidup bersama antara tamadun yang berlainan supaya boleh dijadikan jambatan bagi menggalakkan persahabatan rakyat pelbagai negara dan pembangunan masyarakat antarabangsa.
“Selain itu ia juga dapat menyumbang kepada kedamaian dunia,” kata Xi.
Beliau berkata usaha menghidupkan semula artifak di pelbagai muzium, warisan budaya dan catatan purba terhadap tamadun seluruh dunia merupakan harta umat manusia yang tiada galang gantinya.
Difahamkan, terdapat 395 muzium baharu berdaftar di seluruh China pada tahun 2021, sekali gus menjadikan jumlah muzium di negara ini sebanyak 6,183 buah, dan menduduki tempat teratas di dunia.
Daripada jumlah itu sebanyak 5,605 dibuka secara percuma kepada awam.
Pada 2021, muzium di China mencatatkan penganjuran lebih 36,000 pameran dan 323,000 aktiviti pendidikan.
Meskipun terkena tempias wabak, muzim di China masih menerima lebih 779 juta pengunjung, menganjurkan lebih 3,000 pameran secara dalam talian dengan 10,000 aktiviti pendidikan secara dalam talian pada tahun lalu. -BERNAMA