SENAMROBIK pilihan sesuai untuk ramai wanita.
Apabila berbicara mengenai aerobik, pasti anda akan terbayangkan individu yang berjoging, berlari atau berenang walhal skopnya tidaklah begitu.
Senaman aerobik adalah sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan penggunaan kumpulan otot besar dan menggalakkan aliran darah di seluruh badan.
Menurut Pengerusi Persatuan Pendidikan Jasmani Rekreasi Marudi, Puan Mina Lee, sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan.
Katanya langkah-langkah berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan.
Jelasnya bersenamrobik yang utama ialah membakar lemak dan walau bagaimanapun lemak yang terbakar dalam setiap langkah aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu.
Senaman ini baik untuk jantung, dan meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh, kata Mina.
Mina Lee pesara jabatan Perubatan Marudi, dan kini sebagai jurutunjuk setiap kali mengadakan aktiviti senamrobik menegaskan langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur.
Malah tegasnya senamrobik dapat menurunkan darah kadar lemak dalam badan dan latihan senamrobik juga menjadikan jantung lebih kuat.
Senamrobik katnya mampu memberikan individu lebih variasi dengan tambahan keseronokan dan pilihan sesuai untuk ramai wanita.
Tambah Mina bersenamobik adalah satu perkara penting jika kita mahu amalkan gaya hidup sihat.
Ia memberikan banyak kebaikan pada kesihatan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.
Ujarnya dengan kata mudah kita akan lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat.
Oleh JIKU JUGUONG