Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Harga minyak jatuh lepas perintah berkurung
  • GLOBAL

Harga minyak jatuh lepas perintah berkurung

Utusan Sarawak 3 years ago

PENDUDUK menunjukkan pengesahan Kod QR sebelum melalui Terowong Jalan Renmin, China. • Foto AFP

BEIJING: Harga minyak global jatuh selepas China melaksanakan perintah berkurung di seluruh bandar Shanghai yang merupakan hab kewangan dan pembuatan penting di dunia.

Lapor AFP, minyak mentah Brent kehilangan lebih AS$4.50 (RM18.90) setong berikutan kebimbangan mengenai langkah tersebut sekali gus menyaksikan permintaan minyak akan jatuh.

Indeks Saham Komposit Shanghai jatuh pada awal dagangan sebelum mencatatkan sebahagian besar kerugian.

Di sebalik kejatuhan itu, harga minyak kekal 80 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu, selepas perang di Ukraine menyebabkan kenaikan komoditi utama itu.

Rakan Kongsi Pengurusan di Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata, pelabur melahirkan kebimbangan tentang keberkesanan dasar toleransi sifar China terhadap Covid-19.

Beliau menjelaskan dalam nota kepada pelabur bahawa terdapat jangkaan gangguan rantaian bekalan selanjutnya serta kejatuhan permintaan.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi di Bank Hang Seng China, Dan Wang menjangkakan perintah berkurung tidak akan memberi kesan kepada rantaian bekalan.

“Kebanyakan kilang terus beroperasi seperti biasa dan pekerja sama ada menjalani perintah berkurung atau diberikan keutamaan menjalani ujian calitan,” kata pakar ekonomi yang berpangkalan di Shanghai.

Perintah berkurung yang bermula hari ini merupakan pelaksanaan terbesar sejak wabak Covid-19 merebak dua tahun lalu.-AFP

Continue Reading

Previous: Putin pilih 9 Mei tamatkan perang?
Next: Tiga maut, nahas libatkan 50 kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.