KUNJUNGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke Taman Negara Talang Satang (TSNP).
LUNDU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan ke Taman Negara Talang Satang (TSNP), di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton menerima cek bernilai RM10,000 daripada Pengarah Urusan Rimbun Prima, Bouteflika Ahmad bagi membantu Tabung Pemuliharaan Penyu.
Kunjungan peribadi Premier bersama keluarga rapat dan rakan-rakannya adalah sebahagian daripada lawatan hujung minggu mereka dan sekali gus melihat penetasan penyu di Taman Negara Talang Satang (TSNP).
Turut hadir DCEO II Abang Arabi Abang Aimran SFC, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak dan Pegawai Eksekutif Lembaga Pengurusan Penyu, Tazudin Mohtar dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.