BENGKEL Pemasaran Online.
CHANNEL Telegram Usahawan Sarawakku Sayang (CTUSS) dibangunkan pada 11 Ogos 2022 dengan kerjasama SARADEC dan MINTRED untuk menyampaikan maklumat kepada usahawan secara atas talian dengan pantas.
Setakat ini jumlah pengikut dalam CTUSS adalah sebanyak 5,035 orang dan dijangka akan meningkat pada masa akan datang.
CTUSS boleh diekses dengan menggunakan aplikasi Telegram dengan membuat carian atas nama Usahawan Sarawakku Sayang.
Kerjasama ini diperluaskan bersama dengan pihak SIRIM, MARA, GIATMARA, BNM, MSS, ANGKASA, ICAT, PPKS, MKM, CENTEX, MATRADE, SDEC, MANRED, Agensi Swasta dan beberapa agensi yang lain.
Dijangkakan CTUSS akan diperluaskan bersama agensi lain pada masa akan datang untuk kepentingan Usahawan Bumi Kenyalang.
Channel ini dibangunkan hasil daripada maklumbalas usahawan yang tercicir mengikuti program yang di anjurkan oleh agensi.
Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mendapat maklumat berkaitan dengan program, bantuan dan sokongan usahawan.
Disebabkan itu, Pengerusi Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative (SARADEC), Khalik Senak mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan MINTRED menyediakan CTUSS bagi memudahkan usahawan mendapat ekses maklumat lebih pantas.
Jelas Khalik, maklumat yang dikongsikan adalah berkaitan dengan bantuan, sokongan dan program usahawan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan agensi swasta.
“Bahan yang disediakan dikawal dengan ketat bagi memastikan CTUSS hanya menyediakan maklumat yang sesuai sahaja.
“Cabaran yang dihadapi dalam membangun CTUSS adalah apabila diserang oleh SPAM di ruangan komen. Bagaimanapun pihak pengurusan CTUSS sentiasa memantau aktiviti di ruangan komen bagi mengurangkan ruang ‘scammer’ dan ‘spam’ mengganggu maklumat yang disampaikan kepada usahawan,” katanya.
Selain itu, katanya, didapati CTUSS menghadapi cabaran mencapai Usahawan luar bandar. Namun begitu, terdapat beberapa kempen yang akan dijalankan bagi mengatasi cabaran tersebut.
Tambahnya, hasil dari pembangunan CTUSS, usahawan kini mudah mendapat maklumat berkaitan Keusahawanan dan tiada alasan tidak diberi maklum.
“Beberapa program telah dijalankan hasil dari maklumbalas usahawan di dalam CTUSS seperti Jom Regista Biznes Usahawan Sarawakku Sayang, Kursus pengendalian makanan, Digital Kenyalang dan pelbagai lagi program berkaitan keusahawanan.
“Diharapkan saluran ini mampu memberi impak yang tinggi kepada usahawan Sarawak dalam menghadapi cabaran terutama sekali sepanjang tempoh pandemik ini dan tempoh usahawan bangkit semula,” jelas Khalik.