JELENA Ostapenko meneruskan prestasi cemerlangnya dengan mengetepikan pemain pilihan kedua Barbora Krejcikova untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Qatar semalam, manakala pilihan utama Aryna Sabalenka turut layak.
Bekas juara Terbuka Perancis, Ostapenko, yang memenangi kejuaraan di Dubai minggu lalu, melakar kemenangan 6-3, 6-2 untuk menetapkan pertemuan lapan pemain terakhir dengan Garbine Muguruza, yang membelasah Madison Brengle 6-0, 6-2.
Ostapenko, yang terkeluar daripada kelompok 50 pemian terbaik dunia tahun lalu telah memenangi lapan perlawanan berturut-turut, termasuk lima menentang pemenang Grand Slam.
Pemain berusia 24 tahun itu semakin hampir untuk kembali ke ranking 10 terata, setelah naik ke kedudukan ke-13 dalam ranking dunia menjelang minggu ini.
Dia terlalu kuat untuk pemain nombor tiga dunia dan juara bertahan Roland Garros, Krejcikova, mematahkan servis Czech lima kali.
Ostapenko membida untuk memenangi kejohanan WTA 1,000 buat kali pertama dalam kerjayanya.
Pilihan ketiga Paula Badosa turut tersingkir di pusingan 16 pemain terakhir, tewas 6-2, 6-3 kepada Coco Gauff.
Ia adalah kali kelima Gauff yang berusia 17 tahun itu menewaskan pemain 10 pemain teratas, tetapi yang pertama sejak Mei lalu.
Pemain dari Amerika itu akan menentang Maria Sakkari untuk mara ke separuh akhir, selepas pemain Greece itu menang 6-4, 7-5 ke atas Jessica Pegula.
Pemain nombor dua dunia dari Belarus, Sabalenka menewaskan pemain Switzerland, Jil Teichmann 6-2, 6-1 dalam masa 65 minit sahaja.
Juara Doha 2020 itu memenangi 10 daripada 11 perlawanan terakhir dalam persembahan dominan ketika dia berusaha memenangi gelaran pertamanya sejak Terbuka Madrid, Mei tahun lalu.
Sabalenka akan menentang Iga Swiatek dalam pusingan seterusnya selepas bekas juara Roland Garros itu menewaskan Daria Kasatkina 6-3, 6-0.
Pemain nombor lapan dunia Swiatek hanya pernah memenangi satu kejohanan gelanggang keras, di Adelaide tahun lepas.
Ons Jabeur dari Tunisia juga berjaya menewaskan Tereza Martincova 6-1, 3-6, 6-3.- AFP