TANGKAP layar video edaran Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan pengeboman semasa latihan bersama angkatan tentera Rusia dan Belarus di padang tembak berhampiran Brest. • Foto AFP
KYIV: Pasukan tentera Ukraine dan Rusia dilaporkan saling berbalas serangan di kawasan sempadan utara negara ini dengan Rusia dan Belarus.
Pasukan tentera sempadan Ukraine memaklumkan, Rusia melancarkan serangan bertalu-talu ke arah mereka menyebabkan serangan balas dilakukan.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine pula memaklumkan, pekan Shchastya yang dikuasai kerajaan negara ini berjaya ditawan kumpulan pemisah pro-Rusia.
Keadaan bertukar huru-hara selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan di timur Ukraine bagi melindungi kumpulan pemisah yang menyokongnya.
Putin menegaskan, tindakan itu dibuat selepas kumpulan pemisah pro-Rusia meminta bantuan Kremlin berdepan dengan tentangan oleh tentera Ukraine. – AFP