PULUHAN ribu peminat bergembira memenuhi jalanan di ibu kota Senegal, Dakar untuk mengalu-alukan kepulangan skuad kebangsaan selepas menjuarai Piala Negara-Negara Afrika.
Diketuai oleh bintang Liverpool, Sadio Mane, Senegal menewaskan Mesir diketuai Mohamed Salah 4-2 selepas penentuan sepakan penalti dalam final Ahad lepas di Cameroon. Perlawanan berakhir tanpa jaringan selepas masa tambahan.
Kemenangan itu menandakan kemenenangan pertama Senegal dalam kejohanan itu, dan mencetuskan sambutan di seluruh ibu negara negara Afrika Barat itu pada petang Isnin.
Presiden Macky Sall mengisytiharkan cuti umum untuk meraikan kemenangan itu.
Pada hari Isnin, puluhan ribu penyokong berkumpul berhampiran lapangan terbang di Dakar untuk mengalu-alukan kepulangan skuad Senegal.
Sekumpulan besar penyokong turut berkumpul di bahagian lain di bandar itu, menyanyikan lagu dan mengibarkan bendera. – AFP