Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lancar restoran makanan bajet
  • GLOBAL

Lancar restoran makanan bajet

Utusan Sarawak 3 years ago

SEKITAR majlis pelancaran restoran yang menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat.• Foto AFP

BANGKOK: Seorang menteri dan bekas ahli Parlimen Thailand melancarkan restoran yang menawarkan nasi dan kari berharga 20 baht (RM2.50) sebagai usaha meringankan kos sara hidup rakyat.

Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Sreeon dan bekas Ahli Parlimen Bangkok, Chanin Rungsang memulakan program itu untuk penduduk di Suan Prok di daerah Bang Phlat, Bangkok.

Jelas Chanin, nasi dengan kuah kari merupakan makanan penting bagi penduduk bandar dan harga yang ditetapkan mencerminkan keadaan ekonomi semasa Thailand.

“Sehubungan itu, kami kurangkan kos pengeluaran pengusaha restoran untuk gas, bahan mentah dan penghantaran bagi membolehkan harga hidangan nasi serta kari itu dapat dikurangkan kepada 20 baht.

“Sekurang-kurangnya satu restoran yang tawarkan harga makanan serendah 20 baht akan diwujudkan di setiap kejiranan,” katanya seperti yang dilaporkan Nation Thailand.- AFP

Continue Reading

Previous: Pemergian Rayan diratapi
Next: Ottawa isytihar DARURAT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.