SARATOK: Sebanyak 28 rumah panjang menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN).
Timbalan Ketua Menteri,Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penerima warta adalah dari kawasan Mapar, Babang dan Rimbas;Krangan Rusa Ulu, Krian dan Kedap/Melupa, Awik.“Kawasan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 6 adalah kawasan Mapar,Babang dan Rimbas meliputi 1,723.65 hektar dimiliki oleh empat rumah panjang.
“Kedua ialah kawasan Kedap/Melupa, Awik berkeluasan 2,143.20 hektar dimiliki 17 rumah panjang dan ketiga ialah kawasan Krangan Rusa Ulu, Krian berkeluasan 901.00 hektar dimiliki oleh tujuh rumah panjang,” katanya.B e l i a u berkata demikian pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) Dan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN Bagi Kawasan Krian, pagi semalam.
Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah mengucapkan tahniah kepada semua penerima yang telah bersetuju untuk tanah tersebut disukat dibawah Seksyen 6.“Di Krian ini, masih ada beberapa tempat, masyarakat telah dihasut oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa Seksyen 6 ini adalah usaha kerajaan mengambil tanah kita. Itu adalah cerita bohong dari pihak tidak bertanggungjawab.
“Penerima yang menerima Warta Rizab Komunal Bumiputera,tanah-tanah ini milik anda dan diiktiraf oleh kerajaan. “Saya dimaklumkan bahawa ada tempat di Saratok belum disukat kerana ada pihak-pihak tertentu menghasut
masyarakat.
“Saya harap, mulai hari ini,janganlah tidak bersetuju untuk menyukat tanah tersebut,”ujarnya. Sementara itu, katanya, penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN bagi kawasan Krian pada hari semalam pula adalah di bawah penyukatan Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu.
“Seramai 79 penerima menerima surat hakmilik tanah ini adalah dari kawasan Sungai Krian dan Sungai Kabo.
“Ini adalah bukti nyata bahawa setelah disukat dengan Seksyen 6, ia akan disukat dengan Seksyen 18 dimana surat hak milik tanah diberi percuma kepada pemilik tanah.
“Hari ini (semalam) juga,kita menyerahkan surat hakmilik tanah Seksyen 18 kepada 141 pemilik tanah di kawasan pembangunan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) iaitu di Salcra Roban South dan Roban North,” jelasnya.Dalam pada itu katanya,sehingga kini, sebanyak 7,233 surat hak milik tanah telah dikeluarkan untuk kawasan tersebut.
“Ini adalah satu manfaat menyertai program pembangunan SALCRA. Selain mendapat dividen, pemilik tanah juga menerima surat hakmilik tanah di bawah Seksyen 18. “Di Sarawak, kawasan yang telah disukat bagi warta rizab
komunal bumiputera Seksyen 6 adalah berkeluasan 1,051,871 ha dan kawasan seluas 783,346 telah diwartakan,”
katanya.
Oleh EARL ANEK