WARSAW: Alat muzik ini sangat berharga kerana ia adalah piano terakhir yang digunakan oleh Frederic Chopin.
Penggubah lagu dari Poland itu terkenal kerana mahir bermain piano sejak kecil lagi dan menghasilkan ratusan gubahan muzik klasik.
Selepas pemergiannya pada Oktober 1849 di Paris, piano ini dibeli oleh pelajar beliau, Jane Stirling, yang kemudian memberikannya kepada kakak penggubah lagu tersebut.
Piano itu tiba di Warsaw pada tahun 1850 setelah bertahan pelbagai detik bersejarah termasuk dua perang dunia.
Ia kini ditempatkan di Institut Frederic Chopin di Warsaw, di mana seorang pakar sedang cuba untuk mengembalikan ciri-ciri asalnya.
Piano tersebut menjadi semakin usang seperti mana-mana alat muzik lain – berbanding biola yang menjadi bertambah baik dengan usia.
Kayu yang digunakan untuk piano lazimnya hilang kelenturannya sehingga ia menjejas bunyi yang dikeluarkan.
Paul McNulty, seorang pakar dari Amerika, kini ditugaskan untuk memasang semula tali piano agar bunyi yang dikeluarkan sebaik zaman kegemilangannya dulu. – AFP