KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Dewan Undangan Ngeri (DUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata kawasan ini tidak pernah melihat sebarang perkembangan di bawah Parti Demokratik Rakyat (DAP) dalam masa 15 tahun ini sejak 2016.
Justeru, beliau menyeru para pengundi memeberinya peluang lima tahun untuk berkhidmat dan sekiranya gagal, maka mereka boleh membuat pilihan lain.
Yap berkata walaupun DAP telah mewakili kawasan ini sekian lama, populasi di sini telah semakin bertambah tetapi infrastrukturnya pula semakin merosot terutamanya di Skim Penempatan Semula Stampin.
Malah, tegasnya wakil rakyat dari DAP tidak mengambil kisah untuk membangunkan kawasan ini.
Yap berkata rakyat di kawasan ini memerlukan satu perubahan yang lebih baik dan oleh sebab itu, beliau berharap supaya diberi satu platform untuk membawa perubahan melalui peruntukan yang lebih besar.
“Saya akan membuat yang terbaik untuk orang ramai dan menjalankan tanggungjawab nanti,” kata Yap yang akan berdepan dengan empat lagi calon iaitu Michael Kong Feng Nian dari DAP, Lue Cheng Hing (PBK), Tan Kok Chiang (Aspirasi) dan Datuk John Lau (PSB).