Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BANGUNAN ARKIB PENTING
  • TEMPATAN

BANGUNAN ARKIB PENTING

Utusan Sarawak 3 years ago
TAKLIMAT…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak,Tan Sri Dr. Hamid Bugo mendengar taklimat mengenai pemodelan maklumat bangunan arkib di Kuching.• Foto PENERANGAN

KUCHING: Projek pembinaan bangunan arkib penting untuk menyimpan data dan maklumat yang signifikan kepada Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk segala maklumat yang menyentuh tentang sejarah, sains, teknologi dan setiap aspek maklumat yang ada.

“Saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk Sarawak mempunyai bangunan arkib ini.

“Ia sangat penting kerana kita mempunyai sejarah yang sangat lama serta pada masa ini maklumat arkeologi Niah boleh disimpan di sini (arkib) dan juga artifak.

“Bagi saya, mereka juga boleh bekerjasama dengan muzium tetapi sebahagian daripada maklumat pameran di muzium boleh disimpan di dalam bangunan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke Projek Bangunan Arkib, Pustaka Negeri Sarawak di sini, semalam.

Mengulas mengenai penggunaan digital, Abang Johari berkata, penggunaan digital di arkib tersebut bakal memudahkan pencarian dokumen yang dikehendaki.

“Apabila kita bercakap mengenai digitalisasi, ada dua kaedah cara penyimpanan iaitu secara biasa (hard document) dan satu lagi adalah secara digital.

“Jika anda inginkan maklumat tertentu daripada dokumen tertentu, robot akan mencarinya untuk anda dan robot akan menyerahkannya kepada anda,” katanya.

Jelas Abang Johari, projek bangunaan arkib tersebut pada prinsipnya telah diluluskan pada dua tahun yang lalu dan kini akan dilaksanakan.

Bangunan Arkib yang berkeluasan 26,805 meter persegi ini mempunyai ketinggian dua tingkat setengah dan akan dibina di tapak seluas 17.6 ekar bersebelahan dengan bangunan Pustaka Negeri Sarawak yang sedia ada.

Sebahagian besar bangunan ini akan dikhaskan untuk penyimpanan rekod dan bahan arkib Kerajaan Sarawak.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Dr. Sim pacu pembangunan Batu Kawah
Next: YPS lancar newsletter sulung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.