Abdul Yakub, Timah sah bertanding rebut kerusi Balingian

Facebook
WhatsApp
PENYOKONG Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap hadir memberikan sokongan kepada calon parti itu, Dr Abdul Yakub Arbi, meskipun hujan, pada hari penamaan calon bagi kerusi DUN N.58 Balingian di Mukah, hari ini. - Facebook N.58 Balingian

BALINGIAN, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Balingian, Abdul Yakub Arbi daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), bakal berdepan Timah Unchat daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dalam pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Kedua-dua calon disahkan layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Peleadzman Ahip, selepas proses penamaan calon dan pemeriksaan dokumen di Dewan Suarah Mesra Mukah selesai.

Pertembungan itu meletakkan GPS dan PBDS sebagai dua parti yang bersaing bagi mendapatkan mandat pengundi di kawasan Balingian.

Sementara itu, suasana di pusat penamaan calon berlangsung lancar dengan kawalan keselamatan polis.

Hujan yang melanda kawasan berkenaan tidak menghalang penyokong kedua-dua parti daripada hadir memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Oleh Carolyne Utih