PETRA JAYA, 28 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.07 Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, menyerahkan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Taman Sukma N.07 Samariang, pagi ini.
Borang pencalonan beliau dikemukakan dengan Sulhie Salleh sebagai pencadang, manakala Patong Medin bertindak sebagai penyokong.

Sharifah Hasidah dilihat mengemukakan dokumen berkenaan pada 9.07 pagi kepada petugas pilihan raya sebelum melalui proses semakan di meja urus setia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Proses penamaan calon berlangsung bermula 9.00 pagi hingga 10.00 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding.
Hari pengundian PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Disember, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 8 Disember.
Oleh Shikin Mahmud




